Motivasi Diri
Semua individu pasti mempunyai pendirian
dan pandanganya yang tersendiri tentang kehidupan melalui persepsi dunia. Oleh
itu kita adalah makhluk ciptaan Tuhan yang sangat istemewa kerana mempunyai
akal dan fikiran untuk maneruskan kehidupan masing-masing. Pepatah melayu
mengatakan “lain lubuk, lain ikanya”, yang membawa erti bahawa setiap orang
mempunyai ragam atau sikapnya yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
setiap manusia mempunyai satu karisma dalam dirinya sendiri.
Dalam kehidupan seharian kita sering kali
berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran kecil atau besar. Jika kita
tidak teguh dari pendirian kita, nescaya kita akan jatuh kerana tidak berdaya
menghadapi masalah tersebut. Hal ini kerana dunia pada hari ini amat berbeza daripada
dunia pada zaman dahulu. Contohnya unsur-unsur jenayah dan budaya kuning
semakin merebak dengan cepat dalam kalangan masyarakat tampa mengira umur dan
jantina. Hal ini sangat membimbangkan kerana perbuatan-perbuatan yang jahat
semakin berleluasa dilakukan.
Oleh yang demikian, motivasi dalam diri
amatlah penting kerana melalui motivasi yang kental berserta dengan amalan
nilai-nilai murni kita boleh menghadapi sesuatu cabaran dengan tenang tanpa
terpengaruh dengan situasi di mana kita berada dalam keadaan yang genting.
Motivasi ialah suatu pegangan dalam diri kita yang boleh memberikan satu
suntikan semangat kepada diri kita sendiri apabila menghadapi sesuatu masalah
atau cabaran. Secara peribadi saya juga seperti individu yang lain yang tidak
pernah terlimpas daripada pelbagai masalah dan cabaran, namun melalui suatu
motivasi yang ada pada diri saya , saya boleh menyelesaikanya dengan mudah.
Khususnya dalam kehidupan saya seharian,
saya sering berhadapan dengan tawaran-tawaran dunia untuk berbuat jahat.
Situasi ini tidak dapat dielakkan kerana kenyataan ini sentiasa berlaku di
persekitaran kita. Contohnya perbuatan mencuri, menipu, merokok dan sebagainya.
Oleh itu, jika saya berhadapan dengan cabaran seperti ini, secara tidak
langsung saya akan berfikir terlebih dahulu secara rasional supaya saya tidak
mengambil keputusan secara terburu-buru dan pada akhirnya tindakan tersebut
akan memakan diri saya sendiri. Peribahasa “nasi sudah menjadi bubur”, sering
mengingatkan saya supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak.
Golongan remaja atau pelajar pula sentiasa
menghadapi pelbagai masalah yang kadangkala mengakibatkan mereka putus harapan
seperti kaca terhempas ke batu apabila menghadapi kegagalan dalam pelajaran.
Saya juga pernah menghadapi situasi sebegini namun saya sentiasa berusaha
supaya dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana saya yakin setiap masalah
ada jalan penyelesainya tersendiri. Kata orang “gagal sekali bukan bermakna
gagal selamanya”, oleh itu kita perlula membuat penilaian kendiri dan memulakan
satu langkah yang baru untuk menyelesaikan masalah kita kerana di mana ada
kemahuan di situ ada jalanya.
Semasa saya berada di alam persekolahan
iaitu di sekolah menengah saya mempunyai suatu perasaan inkuiri iaitu perasaan
ingin tahu yang tinggi. Hal ini kerana proses pematangan akan berlaku dalam
tahap ini, tambahan pula pada tahap ini kita masih berumur setahun jagung. Oleh
itu saya sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri agar tidak mudah
goyang. Dalam pelajaran pula saya mempunyai matlamat iaitu dapat menjadi
seorang yang berjaya kelak. Impaknya saya mempunyai satu semangat yang tinggi
untuk terus berusaha supaya dapat mencipta rekod dalam keluarga, masyarakat dan
negara.
Selain motivasi yang ada pada diri
sendiri, ibu bapa juga adalah adalah salah satu motivasi yang sangat penting
perananya. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan
kita. Apabila kita berjauhan dengan mereka, pasti mereka akan memberikan
nasihat dan pesanan supaya berbuat baik dan berusaha mencapai matlamat kita.
Dalam pengalaman saya, jika saya berada di sekolah saya akan mengingati pesanan
dan nasihat mereka. Saya sering kali teringat akan pengorbanan mereka yang
tidak terbelah bahagi dalam mendidik dan menjaga saya. Saya seperti kain putih
dan merekalah yang mencorakkanya. Apabila saya teringat tentang pengorbanan
mereka, satu suntikan motivasi akan berlaku dan membuat saya terus berussaha
dalam pelajaran untuk memalas jasa mereka.
Saya juga bersyukur kerana, melalui didikan
yang diberikan oleh ibu bapa saya, saya berada pada tahap ini. Selain
pendidikan, mereka juga seringkali menerapkan nilai-nilai murni supaya saya
dapat membentu sahsiah diri yang cemerlang. Pepatah mengatakan “melentur buluh
biarlah dari rebungya”, demikianlah juga ibu bapa saya yang telah memberikan
saya ilmu yang pelbagai semenjak dari kecil lagi supaya amalan-amalan yang baik
dapat diterapkan dan sterusnya menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan saya.
Kesimpulanya, motivasi diri amatlah
penting suapaya setiap permasalahan atau cabaran yang dihadapi boleh kita
selesaikan dengan sewajarnya tampa memberikan kesan negatif kepada diri sendiri
dan juga orang lain.